Tuesday 25 December 2012

Terima kasih , terima kasih , terima kasih !!!

As Salam dan Salam Sejahtera Alhamdulillah setelah hampir beberapa bulan blog ini diwujudkan dan dinaik taraf akhirnya telah mendapat markah yang cemerlang. Terima kasih saya ucapkan kepada semua tenaga pengajar , tutor , pensyarah dan semua rakan seperjuangan yang tidak henti- henti memberikan idea , motivasi dan dorongan agar blog ini terus hidup dan memberikan imu yang berguna untuk anak-anak diluar sana. In shaa Allah , blog ini akan terus menterjemahkan idea- idea kreatif bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran . Sudi-sudikanlah terus berkunjung ke laman blog saya. Budaya Ilmu sharing and caring akan terus berkembang bagi menjana generasi gemilang dan terbilang. Sekian.

Monday 26 November 2012

Pengenalan Sains Kepada Murid Prasekolah


Jangan memaksa dan jangan ‘berleter’

Sebagai guru prasekolah, jgn memarahi pelajar prasekolah anda sekiranya mereka tidak memberi tumpuan selepas hanya 5 min anda berkata-kata kerana bukan mereka tidak mahu tetapi mereka tidak mampu berbuat demikian. Otak kanak-kanak belum bersedia dengan aktiviti yang memerlukan mereka untuk duduk dan memberi tumpuan serta fokus terhadap setiap kata-kata anda dalam tempoh yang agak lama. Dalam keadaan ini, kanak-kanak memproses maklumat yang mereka terima dengan agak perlahan dan mereka menggunakan tenaga yang banyak dalam melakukannya. Kita sendiri sebagai orang dewasa akan merasa cukup letih apabila melakukan kerja yang memerlukan kita berfikir sepanjang hari. Dengan memaksa kanak-kanak ini untuk duduk dan mendengar syarahan anda, sebenarnya anda telah meletakkan mereka dalam risiko menghapuskan terus semangat semulajadi mereka untuk belajar terutamanya yang berkaitan dengan sains.

Mengajar dengan cara praktikal “hands-on experiences”

Cara terbaik untuk mengajar atau memperkenalkan sains kepada kanak-kanak ialah dengan cara ‘hands-on experiences’ iaitu mereka belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Oleh itu pilih aktiviti sains yang menekankan kepada ‘hands-on’ dan hanya memerlukan penerangan ringkas dari anda. Selain itu, pilih aktiviti yang biasa berlaku dalam persekitaran kanak-kanak ini untuk memudahkan mereka memahami apa yang perlu mereka lakukan. Mengajar mereka melakukan sesuatu yang asing bagi mereka adalah sukar.
Selain itu anda perlu pilih aktiviti sains prasekolah yang secara konsepnya berhubung kait. Walaupun ia seperti melompat dari satu topik ke satu topik yang lain, tetapi dengan cara ini kanak-kanak akan lebih tertarik untuk belajar apabila kita memberi mereka peluang untuk meneroka dan berfikir tentang konsep yang diajar. Untuk menjadikan pengajaran sains itu lebih bermakna, Rochel Gelman mencadangkan supaya anda memilih 1 atau 2 konsep yang berhubung kait. Contohnya konsep “didalam" dan "diluar” atau konsep “ perubahan biologi" dan "kitaran hidup”. Adalah amat penting untuk anda sebagai guru prasekolah untuk kekal mengajar konsep yang sama selama sebulan atau lebih (Gelman dan Brenneman 2004).
Mengajar sesuatu topik dalam tempoh masa yang agak lama tidak akan menghadkan ruang lingkup pembelajaran kanak-kanak, tetapi sebenarnya setiap konsep yang diajar boleh dikembangkan lagi ke dalam bentuk aktiviti sains prasekolah yang pelbagai. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk fokus kepada konsep perubahan biologi dan kitaran hidup, anda boleh mengembangkan lagi topik ini . Contohnya;
  • Biji benih dan tumbuh-tumbuhan (cnth: mengira biji benih dalam buah epal;
  • menanam biji benih; membuat pemerhatian tentang bagaimana tumbuhan membesar.
  • Belajar mengenai kitaran hidup pelbagai jenis haiwan seperti katak, rama-rama dan sebagainya.
  • Mengukur pertumbuhan/perubahan fizikal tumbuhan atau haiwan
  • Belajar tentang kesihatan dan penyakit
Mengembangkan lagi minat kanak-kanak

Setiap kanak-kanak mempunyai minat atau kecenderungan pada sesuatu. Minat kanak-kanak ini pelbagai, ada yang menyukai binatang seperti kucing, tidak kurang yang suka melihat kereta dan sebagainya. Oleh itu sebagai guru prasekolah, beri perhatian terhadap minat kanak-kanak prasekolah ini dan cari atau rancang aktiviti sains yang mempunyai kaitan dengan minat mereka.

Sesuaikan aktiviti sains dengan usia mereka

Berhati-hati dengan aktiviti sains yang pada asasnya di buat untuk kanak-kanak yang lebih matang. Guru atau ibu bapa lebih tahu akan tahap pembelajaran anak atau murid mereka,untuk itu adalah sangat penting untuk menyesuaikan aktiviti sains yang dirancang dengan tahap kemahiran kanak-kanak. Elakkan juga aktiviti yang memerlukan banyak penjelasan dan juga perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti medan magnet.

Jadikan alatan-alatan sains sebahagian daripada hidup mereka

Sesetengah aktiviti sains perlu menggunakan alatan sains seperti kanta pembesar, pembaris dan dacing. Apabila kanak-kanak telah mahir menggunakannya, jadikan peralatan ini sebagai instrumen pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan sepanjang masa; bukan sekadar semasa aktiviti prasekolah sahaja.
Sesetangah aktiviti sains memberikan kanak-kanak ruang untuk meneroka sesuatu perkara secara sendiri – tanpa mereka sedari bahawa apa yang mereka terokai itu adalah satu kaedah saintifik. Saya percaya aktiviti sebegini adalah berbaloi. Tetapi jangan pula kita abaikan aktiviti yang kita rancang dengan lebih sistematik kerana kanak-kanak juga menggemari aktiviti yang lebih teratur yang mendedahkan mereka kepada aktiviti saintifik secara ketara. Rochel gelman mensyorkan supaya kanak-kanak di peringkat prasekolah perlu diperkenalkan dengan perkataan-perkataan berikut:

  1. Perhati
  2. Andaian
  3. Kenalpasti
Pendek kata dalam setiap aktiviti sains yang anda jalankan bersama murid prasekolah, pastikan anda masukkan aktiviti yang memerlukan mrereka memerhatikan apa yang berlaku, kemudian buat andaian apa yang akan berlaku seterusnya dan kenalpasti hasilnya. Jadikan aktiviti sains prasekolah sebagai satu peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari kaedah saintifik. Saintis membina hypotesis untuk menerangkan segala apa yang berlaku di dunia ini. Kemudian mereka bertanya kepada diri sendiri apakah akan terjadi andainya hypotesis mereka tepat. Menguji andaian-menganalisa keputusan- adalah intipati kepada kaedah saintifik